Kamis, 03 Mei 2012

Kisah Islami


Betapa Pemurahnya Allah SWT


Ali bin Muwaffak rahmatullah alaihi berkata : " Pada suatu petang di hari Arafah aku tidur di dalam Masjid Mina. Aku melihat dua malaikat dengan berpakaian hijau , turun daripada atas. satu daripadanya berkata kepada yang lagi satu: " Berapa ramaikah orang-orang haji yang hadir ke sini pada tahun ini?" Bila malaikat yang lagi satu menjawab tidak tahu, yang pertama tadi berkata: "Terdapat enam ratus ribu orang, tapi apakah kamu tahu seramai manakah di antara mereka yang diterima hajinya oleh Allah?" Malaikat yang kedua menjawab: " Aku tidak tahu." Malaikat yang pertama tadi meneruskan: " Allah hanya telah menerima enam orang daripada mereka." Dengan berkata begitu kedua-duanya menghilang ke angkasa.
Ibn Muwaffak rahmatullah alaihi menyatakan selanjutnya: " Dengan penuh ketakutan dan kecemasan daripada apa yang telah aku dengar, aku bangun dengan penuh dukacita terhadap hajiku sendiri. Jikalau hanya enam haji sahaja yang diterima daripada enam ratus ribu, maka adakah ada kemungkinan aku termasuk salah seorang daripada mereka?. Sekembalinya daripada Arafah, aku melihat lagi terhadap perhimpunan yang besar itu dengan perasaan yang amat berdukacita dan bimbang lagi.
Mengapa harus terjadi demikian. Daripada enam ratus ribu orang, hanya enam haji sahaja yang berjaya. Dengan kedukaan yang besar ini aku tertidur di Mudzalifah dan sekali lagi melihat dua malaikat yang sama bertanyakan soalan yang sama dan memberikan jawapan seperti dahulu.
Kemudian selanjutnya bertanya: " Dan adakah kamu tahu apakah yang telah diperintahkan oleh Allah mengenai keadaan begini?" Yang kedua menjawab: "Aku tidak tahu." Malaikat yang pertama meneruskan: " Allah telah memerintahkan bahawa dengan rahmat daripada setiap mereka itu, haji bagi seratus ribu orang akan diterima." Ibnu Muwaffak rahmatullah alaihi menamatkan kisahnya dengan demikian: " Bila aku bangun setelah mendengarnya, aku begitu gembira sekali yang sangat sukar untukl diterangkan."
Diriwayatkan juga daripada Ibnu Muwaffak rahmatullah alaihi bahawa beliau berkata: " Pada satu tahun, di masa haji terasa bagiku tentu dari sekian ramai yang hadir ini, ada yang haji mereka tidak diterima." Maka aku pun berdoa: "Ya Allah aku telah menghadiahkan ( ganjaran daripada ) hajiku kepadanya yang mana hajinya tidak diterima."
Di dalam kitab yang lain ( Rowdur Rayahin ) dijelaskan bahawa beliau telah berkata: "Aku telah menunaikan lebih daripada lima puluh kali haji, dan setiap kali aku berdoa bahawa ganjaran ganjaran bagi haji itu diberikan kepada Rasulullah SAW dan khalifah-khalifah dan kedua ibu bapaku. Pada suatu musim haji ketika aku berada di samping para jemaah haji yang lain, aku mendengar teriakan dan suara-suara daripada para haji memohon kepada Allah di dataran Arafah, aku meminta Allah menganugerahkan ganjaran daripada hajiku kepada orang yang tidak diterima hajinya."
Di dataran Mudzalifah, Ali Ibn Muwaffak rahmatullah alaihi bermimpi dan mendengar satu bisikan: "Wahai Ali, adakah kamu cuba hendak menjadi lebih bermurah hati daripada-Ku? Aku telah menciptakan kemurahan. Aku telah mencipta yang paling pemurah dan Aku adalah terlebih pemurah daripada segala-galanya. Sesungguhnya melalui haji daripada para haji yang telah diterima, Aku telah menerima Haji bagi orang yang mana Haji tidak diterima." ( Ithaaf )
Disebut juga di dalam Rowdur Rayahin bahawa: Aku telah mengampunkan kesemua mereka dan bersama-sama dengan mereka serta ramai yang lain. Aku telah menerima setiap syafaat daripada mereka bagi ahli-ahli keluarganya, rakan-rakannya dan jiran-jirannya. Di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: "Seseorang itu sesungguhnya adalah seorang pendosa besar yang ketika di dataran Arafah masih percaya bahawa dosa-dosanya tidak lagi diampunkan. ( Ithaaf )

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

terima kasih atas komentarnya mudah-mudahan bermanfaat